Visi Dan Misi

VISI
Ke Arah Mewujudkan Majlis Perwakilan Pelajar Kvpm  Sebagai Sebuah Badan Kepimpinan Yang Berintegriti Dan Berketerampilan Yang Mengutamakan Akademik Dan Kebajikan Pelajar

MISI
Bagi Mewujudkan Sebuah Organisasi Yang Menyumbang Kepada Agenda Pembangunan Dan Daya Saing Industri Negara

SLOGAN
Kami Memimpin, Kami Berkhidmat

Sejarah Penubuhan MPP

Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Pasir Mas (MPPKVPM) ditubuhkan secara rasmi dengan adanya pelajar tahun tiga dan tahun empat KVPM. Perlantikan pertama barisan kepimpinan yang menerajui MPP KVPM dilakukan pada bulan Februari 2018 yang menyaksikan pilihanraya diadakan di KVPM untuk melantik Ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Barisan kepimpinan MPP KVPM bagi sesi 2018 diketuai barisan MPP KVPM Presiden Muhd Firdaus Bin Che Ghani dan dibantu oleh 19 orang perwakilan yang turut diberi kepercayaan untuk bersama-sama memacu perjalankan visi dan misi MPP KVPM bagi sesi tersebut

Hubungi Kami

No. Telefon : 09-7198622
Faks :  09-7197299

Kolej Vokasional Pasir Mas,
Jalan Tendong-Bunut Susu,
17020, Pasir Mas,
Kelantan Darul Naim, Malaysia

Lokasi

Kolej Vokasional Pasir Mas terletak kira-kira 12 km dari bandar Kota Bharu dan kira-kira
10 km dari pekan Pasir Mas. Kolej ini didirikan di atas tapak seluas kira-kira 39 ekar di Km 2, Jalan Tendong ke Bunut Susu. Sekiranya anda datang sama ada dari arah Kota Bharu atau pekan Pasir Mas, anda akan bertemu dengan simpang empat Tendong, iaitu persimpangan untuk ke KVPM. Jika anda menggunakan perkhidmatan keretapi dari arah selatan, anda boleh berhenti sama ada di stesen keretapi Pasir Mas atau Wakaf Bharu. Seterusnya anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi(kereta sewa) atau bas Transnasional laluan Pasir Mas - Tendong - Bunut Susu. Manakala jika anda menggunakan perkhidmatan bas ekspress hingga ke Kota Bharu, anda juga boleh ke KVPM dengan menggunakan perkhidmatan teksi dan bas Transnasional laluan tersebut.