Lokasi

Kolej Vokasional Pasir Mas terletak kira-kira 12 km dari bandar Kota Bharu dan kira-kira
10 km dari pekan Pasir Mas. Kolej ini didirikan di atas tapak seluas kira-kira 39 ekar di Km 2, Jalan Tendong ke Bunut Susu. Sekiranya anda datang sama ada dari arah Kota Bharu atau pekan Pasir Mas, anda akan bertemu dengan simpang empat Tendong, iaitu persimpangan untuk ke KVPM. Jika anda menggunakan perkhidmatan keretapi dari arah selatan, anda boleh berhenti sama ada di stesen keretapi Pasir Mas atau Wakaf Bharu. Seterusnya anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi(kereta sewa) atau bas Transnasional laluan Pasir Mas - Tendong - Bunut Susu. Manakala jika anda menggunakan perkhidmatan bas ekspress hingga ke Kota Bharu, anda juga boleh ke KVPM dengan menggunakan perkhidmatan teksi dan bas Transnasional laluan tersebut.







No comments:

Post a Comment